Wednesday, November 23, 2011

perasaan yang aku rasakan sekarang nie amat memedihkan bagi aku..sungguh pedih hati ini bila terbaca mesej2 yang lepas psal si dia dan bekas kekasihnya..walaupun aku tahu benda tu telah berlalu..tetapi entah lah...aku sayang kan hubungan aku dan dia..aku tahu kadang2 aku tidak matang dalam menjaga hubungan..mungkin disebabkan itu orang yang aku sayang dahulu boleh berubah hati...entah lah..sekarang aku hanya ada dia dalam hati ini...aku tidak tahu apa akan terjadi kalau dirinya tiada disisi aku...semakin hari semakin bertambah sayang aku pada dirinya..kadang2 bila kami ada masalah aku cuba kawal marah aku..kadang2 aku tak boleh..aku takut juga lama2 nanti dia akan jadi makin muak dengan perangai aku...aku tak nak jadi seperti bekas2 kekasihnya dahulu....
kadang2 susah kita nak buatkan orang yang kita sayang tu betul2 percaya pada diri kita..yelah..manis dimulut tapi lain dihati...tapi jika kita ikhlas menyayangi dirinya insyaallah suatu hari nanti apa yang kita harapkan selama ini akan dimakbulkan oleh yang maha kuasa..kadang2 jugak setia mana pun kita pada dia andai ada keraguan dihatinya tidak akan membawa apa2 kebahagian pada hubungan tersebut...setiap manusia berlainan hatinya hanya allah sahaja yang maha mengetahui....seperti aku juga yang selalu menjaga hati ini untuk dirinya sahaja bahkan aku sudah menutup rapat pintu hati ini untuk dirinya...aku tahu dia amat menyayangi diri aku...dan aku sangat menghargai dirinya...sepanjang aku mengenali dirinya...tidak pernah dia menengking atau memarahi diri aku..dia seorang yang amat memahami diri aku..menyayangi diri aku seadanya...pandai mengambil hati aku...cuma aku yang selalu memarahi dirinya..aku sebenarnya seorang yang mudah memaafkan orang...cuma sekali2 tu aku terlalu beremosi..yelah perempuan kan diorang bukan apa cuma diorang memerlukan kasih sayang yang lebih dari orang yang mereka sayang...sama juga seperti aku yang dahagakan kasih sayang...tetapi tidak meminta cuma menginginkannya....dan sekarang aku dah dapat kasih sayang tu...terima kasih kepada si dia yang telah mencuri hati ini...( hazreen hidayat )...:-)

Tuesday, November 22, 2011

jodoh dan pertemuan di tangan Allah..aku pasrah di atas ketentuannya..dan aku bersyukur kerana aku ditemukan lagi dengan insan yang menyayangi diri ini,dahulu memang berat rasanya hati ini untuk menerima kehadiran si dia dalam hidup ini kerana diri ini pernah di kecewakan..tetapi dengan kebaikan dan mengambil berat terhadap diri ini telah membuatkan aku jatuh cinta sekali lagi..walaupun dengan usianya yang 19 tahun...tetapi penampilan dan perangainya tidak menunjukkkan seperti umurnya..sikap yang matang dan berfikiran terbuka telah menarik hatiku untuk mengenali dirinya...
perkenalan yang tidak dijangkakan melalu laman social facebook telah merapatkan hubungan kami..tanpa kami sedar timbulnya hati dan perasaan yang tidak dijangkakan selama ini...aku mengenali melalui facebook dan jatuh hati juga melalui facebook..dahulu aku tidak pernah mempercayai cinta cyber ini...tetapi apa yang terjadi sekarang..cinta cyber juga kadang2 ada baiknya jika diizinkan Allah adalah jodohnya...hidup mati dan jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh Allah....

Monday, November 21, 2011

hari yang bahagia telah ku temui hari ini iaitu aku dapat berjumpa dengan si dia,walaupun agak jauh,si dia sanggup datang untuk berjumpa dengan aku,walaupun esok merupakan hari peperiksaan dia,bukan senang untuk aku berjumpanya kembali kerana kami sangat jauh,mungkin lepas dia dapat kerja nanti lagi susah untuk kami berjumpa sebab dia bekerja di laut,memang berat untuk melepaskan pergi,tetapi itu kehendak diri dia dan aku sebagai peneman disisinya haruslah menyokong kerjaya dia,dan aku juga tidak boleh selalu mengokong hidupnya kerana dia bukan lagi hak aku sepenuhnya,sementara dia tidak bekerja lagi ini aku ingin sekali menghabiskan masa yang ada ini bersama dengannya.

Friday, November 11, 2011

hari ini aku akan berangkat ke kuala lumpur..sedih rasanya untuk meninggalkan kampung halaman,ma dan adik2 yang lain...tidak lupa juga kepada orang tersayang yang jarak jauh perjalanan antara aku dan dia...:-(...semoga sihat selalu dan jaga diri kamu....:-)...ok lah...bye2...

first date

29.9.2011 ialah tarikh kami berjumpa untuk kali pertama...terasa agak berdebar sebab ini kali pertama aku bercinta melalui facebook...kadang2 aku tak percaya jugak cinta2 cyber ini..tapi aku telah mengenali dirinya agak lama juga lah...lagipun dia tinggal dekat2 area rumah aku jugak lah...itupun rumah abah dia...itu sebab orang tua nye sudah bercerai....aku tidak lah menaruh semua kepercayaan pada diri dia...sebab hubungan aku dengan dia baru lagi walaupun kitorang dah kenal lama....yelah kawan dengan hubungan lebih dari kawan nie lain sikit lah....tapi2 apa2 pun...pelajaran aku tidak lah ketinggalan...aku kira ok la dia tu orang yang selalu sibuk je...dan tidak suka berkepit 24 jam...aku selesa dengan keadaan kitorang sekarang...


hmm...bercakap mengenai exam...aku tinggal 2 hari je lgi untuk exam aku habis...xsabar rasanya nak cuti sem..biarlah sekejap pun..aku xkisah...janji dapat balik kampung...jimat juga duit belanja...lagipun xserabut sangat dengan kawan2 yang entah ape2 je perangai....sabar je la...